Muslim dating   FREE Sign up   Sign in   Search   Blog / Forum   Help / Faq  
 
Muslim Blogs > SebastianJoshua's blogs > Terima Kasih Pengundi / Thanks All Voters
Terima Kasih Pengundi / Thanks All Voters Sort by:
Author
SebastianJoshua
Available only
to logged in members

total posts: 41
Posted on Sun, Mar 16, 2008 08:30

Pagi Ahad aku bangkit dari tidur, lepas dari ?kerja? yang sepatutnya aku buat, aku lepak kat luar rumah. Langit 7.30 pagi terasa aman. Aku hirup udara sepuas-puasnya, hmmm? damai sekali. Ya baru aku ingat, AKU SUDAH BERJAYA? Barisan Alternatif sudah berjaya. Semalam, jam 8 aku tengok TV3. ?Kelantan mencatat peratusan undi yang tertinggi melebihi 80%?. Sah BN menang, perchis? dalam hati aku, lantas aku sms kat member-member, ?Jom pi spa urut batin dan pekena arak, kita celebrate kekalahan PAS di kelantan?. Aku telan panadol dan terus tidur, dalam hati ?kalah lagi?. Jam 10.30 malam tetiba sms dan call bertalu-talu, hp aku tak larat nak melayan, aku angkat?. ?Jom celebrate, PAS sapu bersih kelantan, BN kalah teruk kali ini? kata member aku. ?Bior benar kau, malas aku nak keluar, penat panjat pokok pasang bendera pun belum hilang? kata ku. ?Rawang pun PKR menang, Selangor dah hampir tumbang? tempik member aku? Ye ke macam tak percaya, lantas aku bersiap dan terus keluar ke markas utama kami ?Restoran Rahim Maju? di Bandar Baru Rawang, dekat gereja. Apa lagih minum teh lah. Tak sia sia 3-4 hari geng aku panjat pokok pasang bendera Adil dan PAS (walaupun PAS tak bertanding kat kawasan aku) Maka dengan ini saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang sudi mengundi pada hari sabtu lalu. TERIMA KASIH BEBANYAK. Thanks to all voters that giving some hope to Malaysia. Thank you very much for your votes. Analisa politik dari kaca mata Aku Kelantan ? Aku pernah dengar cerita dari seorang ustaz kat IKIM, dia kata pada masa dulu Perikatan datang (tak silap Tun Razak ke Tun Hussin Onn) minta rakyat kelantan undi mereka. Berucap di Pade Beng (Padang Merdeka) mereka berjanji ?macam-macam? kepada rakyat kelantan. Apa yang berlaku, tengah syok berucap? 90% rakyat kelantan kat situ terus keluar dari Padang Merdeka. Mererka tidak suka orang ?Cakap Besar?. Inilah apa yang terjadi sekarang di kelantan. PANTANG orang kelantan kalau ?agah?. Orang kelantan cukup tak suka orang ?agah?. Terengganu ? Saya tak nak komen banyak, rata-rata mereka masih miskin dan memerlukan bantuan kerajaan (bukan macam kelantan). So dengan kemenangan BN maka rakyat masih dapat rasa wang ihsan. Kalau PAS memerintah, mana nak cari duit. Dulu parah jugak mereka nak survive. Pahang ? Ni Najib punya hal, mereka merasakan Najib patut jadi PM maka mereka memberi sokongan padu pada Najib. 2004 Najib menang majoriti amat kecil sekali tapi sekarang more than 20,000. So sekarang Najib kena lawan Pak Lah lah pulak. Johor - Masih lagi kubu kuat UMNO dan BN. Tapi pecah jugak sikit. Mungkin pengundi terasa selesa dengan suasana sekarang sebab itu mereka tiada sebab untuk memilih pembangkang. Tapi hari ini rata rata menyesal tak ikut Selangor, tak pa ada masa lagi. Melaka ? Pun masih bertahan walaupun banyak Alternative ambil alih. Tak tahu nak kata mungkin mereka selesa atau tak da isu yang cukup kuat untuk ubah kerajaan. Negeri Sembilan ? Ni den tak nak komen banyak, ?kao sapo?? masih lagi kuat dikalangan mereka. KJ dah tumbang tapi naik balik, tu yang den heran. Apa apa pun PAS dapat lah jugak merasa. Selangor dan Kuala Lumpur ? Ambik kau, jadi pembangkang lah Khir Joyo. Ada orang hantar sms kat aku semalam ?Barang siapa yang terjumpa seorang rakyat selangor berketurunan jawa, pendek pendek sikit dengan muka perasan hensom, tolong lapur kat Balai Polis berhampiran, sebab orang ini sorok kunci pejabat Menteri Besar Selangor? hehehe? Orang kat Selangor dan KL ni banyak tahu rahsia kerajaan maka bagi mereka, BN dah tak releven lagi, sebab itu mereka tukar kerajaan. Faktor Cina benci MCA dan India benci MIC amat kuat disini. Defakto Anwar, mungkin jugak bro, kasi undi kat Nurul Izzah yang cun melecun tun menang (nasib baik dah kahwin). Syarizat cakap bosar sangat. Perak Kedah dan P.Pinang Suatu perkara yang amat mengejutkan. Penang tu kira ok lah tapi sampai ke Kedah dan Perak ni boleh tahan. Tak sangka orang disana ?marah? kepada kerajaan. Pak Lah semput tak terkata macam cicak tertelah kapur barus. Rafidah Aziz nasib baik terselamat dari ?Tendangan Tanpa Bayang? pengundi. Kalau tak? hehehe ikutlah Latok Sami pi jaga pondok tol kat Jelapang. Perlis ? Tak larat nak komen, nogeri kocik, tabur duit cukup untuk semua rakyat merasa sikit sebanyak. PAS kalah teruk kat sini beb. Bukan nak kata mereka ni tolak PAS tapi mereka happy dengan Menteri Besar mereka sekarang. Nak buat camno, siam dekat hehehe. Sabah dan Sarawak Kalau Sabah dan Sarawak KELUAR dari Barisan Nasional dan MASUK Alternative maka BN akan jadi pembangkang kat Malaysia. Dengar tu Pak Lah. BN kat semenanjung tak cukup majoriti untuk tubuh kerajaan kalau tak da Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak, masa untuk kamu berfikir samada masih lagi RELEVEN atau TIDAK untuk kamu undi BN. Fikirlah sekarang kerana sudah nyata orang semenajung TOLAK BN. Kesimpulan yang boleh dibuat. Pak Lah and the BN Geng, kamu ini Riak, Takbur, Sombong, Bongkak, Besar Diri, Pandang Hina kat Orang, Pandang Rendah kat Orang, Terasa diri Hebat dan Megah. Kamu hina Allah Taala, Kamu hina perlembagaan dan kamu hina rakyat. Tunggu lah kejatuhan kamu semua. TAKBIR


SebastianJoshua a.k.a SeaBass

Reply / add comments   Quote   Report abuse    0 up Bookmark and Share
Follow - Email me when people comment